SELAMAT DATANG

SK (LKTP) KOTA GELANGGI 1, 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR

Laman Utama

Sejarah Sekolah...        

   Sekolah Kebangsaan LKTP Kota Gelanggi 1 dibuka buat pertama kalinya pada 05 Julai 1976. Seramai 5 orang guru ditempatkan di sini dengan kapasiti murid-murid pertama seramai 95 orang murid. Pada peringkat awal hanya 3 orang guru mendaftar bersama 80 orang murid. Ini adalah kerana 2 orang guru lagi dikehendaki mendaftar diri di Bentong.           
  Sebanyak 6 buah kelas dibuka dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan kemudahan meja dan kerusi diperolehi daripada SK (LKTP) Jengka 14 pada 03 Jan 1976. Kerja-kerja penyudahan masih dilakukan untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

   Senarai guru pertama : 

       1. En Hashim bin Hj Awang Sulong - Guru Besar

       2. En Razali bin Ebramsa

       3. En Abd Manan bin Ismail

       4. En Mohd Shariff bin Seman - Guru Attachment  

       5. En Hawari bin Mat Daud - Guru Attachment 


Terima kasih kepada perintis sekolah sehingga sekolah pernah mencapai kejayaan cemerlang.